"Kau gila ke?"
"Kau nak ke taknak duit ni?"
"Aku nak... Tapi..."
"Sudah. Kalau kau nak, pergi buat apa yang aku suruh."
Rasa serba salah Haziq dibuatnya. Dia tidak tahu patutkah dia buat perkara tersebut. Fikirannya melayang memikirkan tentang perkara ini. Fikirannya bercelaru. Dia teringatkan tentang ibunya yang sedang terlantar di katil hospital di Singapura kerana menghidapi penyakit yang amat serius, mungkin kerana perubatan di Singapura lebih maju daripada perubatan di kampung di mana mereka tinggal. Haziq memang seorang miskin. Hanya wang inilah yang dia boleh gunakan untuk membiayai kos perubatan di Singapura yang terlampau mahal baginya. Tapi apa pun, Haziq kembali ke alam realiti dan menuruti arahan Rita.
"Eh, Abang Haziq? Abang buat apa datang rumah Aisyah ni?"
Haziq tiba di runah aku sedangku sidai pakaian di bawah terik matahari.
"Mesti Aisyah penat. Mari naik atas rehat. Kita boleh berbual-bual di atas."
Pelawanya, membawaku masuk ke dalam rumah. Kami berdua duduk di sofa. Peliknya, Haziq menghampiriku dan aku dapat rasakan auranya yang seperti menginginkan sesuatu. Dia mula mengusap-usap bahuku lalu memberiku senyum sinis.
"Jangan Abang! Lepaskan aku!"
"Diam! Tiada orang berada di sini. Sekejap je, okey?"
"Abang, lepaskan Aisyah!"
Aku cuba melepaskan diri daripada dakapannya yang memaksa. Namun, cumbuannya yang tanpa henti di leherku memaksaku untuk berkeras juga. Satu tamparan hebat dilontarkan. Aku telah cuba digodanya.
Bukan niatku untuk membuat pipi Haziq sangta merah seperti lebam tetapi kelakuannya seperti tiada batasnya. Celaka kau Haziq!
Aisyah hanya menantikan bulan Syawal yang akan datang dua hari lagi. Masa itulah suaminya akan balik kampung untuk beraya bersama. Selama ini dia telah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki bagi menanggung keluarga. Irfan Hadi namanya. Seorang yang tampan dan sentiasa berpakaian segak. Juga seorang yang bertanggung jawab dan penyayang. Kededua sifat inilah yang telah membuat Aisyah jatuh cinta padanya, bak kata pepatah, seperti labah-labah cinta pada telurnya. Walaupun mereka tidak dapat melihat wajah si dia setiap hari, mereka tetap bertahan selepas setahun diijabkabulkan. Perasaan cinta dan kasih sayang merekalah yang telah menguatkan semangat untuk terys berjuang demi cinta mereka. Tidak mungkin mereka boleh dipisahkan. Begitu juga dengan Irfan. Sentiasa menanti-nantikan hari cutinya supaya dapat balik ke kampung untuk berjumpa dengan isteri tercinta. Oleh kerana dia bekerja di luar kampung, dia rindu teramat-sangat dengan dakapan isterinya yang menyayanginya. Irfan termenung sendiri apabila sedang mamandu. Tidak mungkin dia akan mempunyai perasaan cinta yang sangat mendalam jika dia berkahwin dengan kekasih lamanya sebelum Aisyah. Ternyata Aisyah telah meninggalkan kesan yang besar dalam hidup Irfan. Kekasih lamanya yang telah putus kerana berlaku curang. Dasar perempuan tak guna, fikir Irfan. Bagaimanapun, sejauh manakah cinta Irfan dan Aisyah akan bertahan? Perasaan ini semua boleh berubah hanya dalam sekelip mata, bak kata peribahasa, tak empang peluru di lalang. Dia terus memusing 'steering wheel' sebelum terlepas selekoh ke kampungnya.
"Peep," bunyi telefon bimbit Irfan.
Rita. Nama yang terpampang di skrin telefon Samsung S4nya itu. Panjang umurnya. Baru tadi aku fikirkan tentangnya.
"Ish, apalah perempuan ni nak"
Irfan memang tidak gemar melihat nama kekasih lamanya itu. Apatah lagi berbual dengannya, walaupun hanya di telefon. Tetapi, oleh kerana sifatnya yang menghormati setiap insan itu, dia rasa tidak patut dia mengabaikan panggilan itu, lebih-lebih lagi jika dia sedar tentang panggilan tersebut. Jadi, dia terpaksa menjawab panggilan Rita dengan nada yang kurang sopan untuk menunjukkan rasa tidak sukanya.
"Ya, ada apa?"
"Helo Irfan, Rita ni" katanya dengan nada yang cukup manis dan sopan sekali. Tetapi Irfan tahu bahawa ini semua hanya lakonan semata-mata.
"Aku tahulah. Kita kan dah tiada apa-apa hubungan lagi. Jadi kau telefon aku ni buat apa?"
"Sabarlah Irfan. Ruta ingin sebarkan kebenaran pada Irfan. Apa yang Rita nak tunjukkan ni akan menjadi bukti yang kukuh bahawa Aisyah, isteri Irfan yang kononnya baik tu, bukanlah malaikat mana yang Irfan fikirkan," Irfan dapat dengar tawa sinis Rita di hujung talian.
"Eh apa yang kau merepek ni?"
Rita terus meletak gagang telefon. Irfan masih memgang telefon bimbitnya dengan tangan kanannya manakala tangan kirinya mengawal keretanya. Pelbagai soalan timbul di dalam otaknya. Berganti-ganti matanya menoleh daripada jalan raya di hadapannya ke telefon bimbitnya. Hatinya berdegap-degup menanti langkah Rita seterusnya. Perasaan geram dan gelisah bercampur-aduk. Tidak sampa tiga minit kemudian, Irfan terima satu mesej daripada Rita yang juga telah meletakkan beberapa gambar di dalam mesej tersebut.
"Aisyah? Ya Allah, betul ke apa yang aku tengok ni?"
Di dalam telefon bimbit Irfan adalah gambar isterinya, Aisyah, dengan Haziq yang sedang berdua-duaan di dalam rumah. Rasa sebak di dada, tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang. Butiran mutiara jernih yang sudah lama ditahan di kelopak mata Irfan mengalir di pipinya juga. Air mata mengaburkan penglihatannya. Tangan dan kakinya tetap sedang memandu kereta itu, tanpa melihat mana dia pergi. Irfan tidak pedulikan tentang sekelilingnya dan hanya pandu dalam cuaca hujan yang sangat lebat. Sama seperti apa yang dia sedang rasa di dalam lubuk hatinya. Kegelapan. Kekosongan. Kekeliruan. Semuanya bercampur menjadi satu perasaan yang Irfan sedang rasa. Dia memandu kereta tanpa melihat jalan raya di hadapannya, dan tiba-tiba, daripada arah kanannya, sebuah lori yang amat besar sedang menuju ke arah keretanya dengan laju. Irfan tidak sedar pun tentang lori tersebut. Seperti otak Irfan telah henti berfungsi. Dia terus menangis melepaskan geram. Dengan keadaannya begitu, dia hanya menyerah semua pada takdir. Hidup atau mati, dia tidak kisah.
Sedang kereta Irfan brrgerak menuju ke hadapan, lori tadi merempuh kereta Irfan. Keretanya kemik, badannya berlumutan darah yang mengalir tanpa henti dan matanya terbuka. Perlahan-lahan telefon bimbit yang digenggam erat terlepas. Sungguh tragik sekali kemalangan jalan raya ini.
"Puan, adakah puan ini isteri kepada Encik Irfan Hadi Bin Rahman?"
"Ya, saya Aisyah. Ada apa?"
"Kami dari jabatan polis mendapati bahawa suami puan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya."
"Apa?" Teriak Aisyah di dalam telefon. Perlahan-lahan jari-jemarinya melepaskan telefon yang digenggam di tangannya. Air mata mengalir di pipi. Dia merasa seperti langit sudah runtuh. Seperti sudah tiada makna lagi hidupnya ini setelah mendengar berita tadi. Mengapa? Mengapa nyawa suaminya yang tercinta yang diambil? Lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini.
Aisyah bergegas ke tempat kejadian yang diberitahunya tadi. Sangat dekat dengan rumah. Dia mengimbas tempat tersebut dan matanya berhenti apabila dia ternampak sebujur mayat yang dikepung. Kakinya terus membuka langkah seribu mendekati mayat tersebut yang dilumuti darah. Seorang pegawai polis forensik yang tadi sedang mengambil gambar kejadian menghampiri Aisyah.
"Puan, kami perlukan telefon bimbit suami puan untuk siasatan lanjut." Kata pegawai polis tadi sambil menghulurkan telefon bimbit tersebut untukku melihat sebentar.
Mataku menjadi besar dan aku meletakkan tanganku di mulut kerana terperanjat. Terperanjat dengan apa yang aku lihat di skrin telefon bimbit itu.
"Astarghfirullahalazim..."
1 Syawal. Bulan yang mulia. Yang sepatutnya penuh dengan keriangan dan kegembiraan. Tetapi, aku sebaliknya. Kekosongan. Kerinduan. Kesedihan. Termenung sendiri, memendam rindu tidak menentu. Kasih suci murni yang kita bina hapus hancur oleh kata fitnah. Sekian lama bercinta, kau tiada di hari mulia. Keampunan ku pohon sekiranya aku yang berdosa. Pulanglah, ku merundui mu, sayang.
♡♡♡♡♡♡