Ia sangat pentng untuk kita sentiasa membaca. Ada pelbagai faedah yang dapat kira raih daripada membaca.
Pertama sekali, kita harus membaca untuk memperkayakan lagi kosa kata kita. Apabila kitamendapat perkataan yang kita tidak faham maksudnya, kita patutlah mencari maknanya di dalam kamus. Ini dapat menolong kita apabila kita menulis karanga di dalam peperiksaan. Dengan membaca novel atau buku cerita, kita dapat meneroka alam fantasi dan ini boleh merehatkan otak dan minda kita daripada dunia realiti yang penuh tekanan. Cerita yang kita baca juga boleh digunakan sebagai isi untuk karangan kita juga. Selain buku cerita, kita juga dapat meraih faedah apabila kita membaca suratkhabar. Kita akan mempelajri tentang isu dan hal-ekhwal semasa seperti isu politik bukan saja di Singapura, tapi juga di seluruh dunia. Hal-hal tentang sukan juga diketengahkan di dalam suratkhabar.
Namun, anak muda zaman sekarang jarang sekali membaca. Dari apa yang saya perhatikan, remaja dan belia lebih gemar mekuangkan masa bermain komputer daripada membaca. Saya rasa kita harus membaca lebih daripada meluangkan masa pada sesuatu yang tidak berfaedah. Walau bagaimanapun, jika kita tidak menggunakan komputer untuk pergi ke lelaman social media seperti Facebook & Twitter, mungkin ini ada kebaikannya sendiri. Dari itu, kita mestilah sentiasa pilih kebaikan sesuatu yang dapat menambahkan ilmu.