Sunday, March 24, 2013

Karangan: Cara-cara untuk melestarikan Bahasa Melayu

                Menurut Kamus Pelajar, melestarikan bermaksud memelihara sesuata supaya kekal seperti sedia kala. Sejak akhir-akhir ini, Bahasa Melayu (BM) tidak lagi diutamakan oleh orang-orang Melayu Singapura kerana mereka tidak yaking dengan pergunaan bahasa tersebut. Masalah ini semakin berleluasa kerana semakin ramai anak Melayu Singapora lebih menumpukan kepada bahasa Inggeris. Adakah bahasa Ibunda kita akan hapus jika tiada orang menggunakannya lagi? Apakah yang telah menyebabkan masaah itu berlaku? Bagaimana boleh kita melestarikan Bahasa Melayu?

                Pertama sekali, kita sendiri boleh meningkatkan kualiti kosa kata bahasa Melayu kita. Usaha itu tidak akan membuat kita lupa akan bahasa Ibunda tersebut. Sebagai contoh, kita boleh membaca buku bahasa Melayu untuk meningkatkan lagi kosa kata kita. Selain daripada itu, menonton berita dapat mengajar kita tentang pentingnya keyakinan dalam pergunaan bahasa Melayu semasa bertutur. Kita juga boleh membaca surat khabar BM kerana ini boleh menolong kita mempertingkatkan diri.

                Selain itu, ibu bapa juga harus memainkan peranan bagi memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Apabila anak kecil itu sudah terbiasa dengan menggunakan bahasa Melayu di rumah, dia tidak akan mempunyai sebarang masaah di sekolah kelak. Untuk memupuk kesedaran dalam diri mereka, salah satu daripada cara-caranya ialah dengan bertutut dengan menggunakan bahasa Melayu yang sempurna dengan anak-anak mereka. Bahasa Melayu yang 'sempurna'  bermaksud tidak bertutur dalam bahasa campuran Inggeris dan Melayu atau perkataa bahasa Inggerisnya adalah 'code-switching'. Ini berlaku kerana ramai anak Melayu Singpura kini mampu berdwibahasa dan kerap kali mencampuradukkan kededua bahasa semasa brtutur.

                Cara kedua adalah dengan menanam minat dalam diri anak. Apabila mereka suah minat dengan bahasa Melayu, mreka akan lebih tertarik lagi untuk menggunakan bahasa Melayu dengan bangga. Untuk menanam minat, ibu bapa boleh menerangkan kepentingan Bahasa Melayu dan juga sejarah Bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Selain itu, anak kecil boleh didedahkan kepada Bahasa Melayu dengan permainan bahasa. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kcil, seperti kata pepatah,"Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya." sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.

                Ketiga, pihak sekolah boleh membuat aktiviti-aktiviti yang dapat menimbulkan kesedaran tentang keistimewaan Bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar. Pihak sekolah boleh membawa pelajar keluat berdarmawisata di tempat-tempat Melayu bersejarah yang boleh mengajar murid-murid tentang akar orang Melayu. Ini dapat menimbulkan kesedaran dan sekali gus memupuk minat dalam diri pelajar dengan cara yag menarik minat.

                Keempat, pemerintah boleh mengambil inisiatif untuk menjalankan kempen-kempen bagi mempromosikan Bahasa Melayu dengan seluruh masyarakat. Pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yag berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contoh, pihak DBP boleh bekerjasama dengan pihak balai rakyat (CC) untuk menjaankan aktiviti yang menjulus ke arah memartabatkan bahasa Melayu.

                Kesimpulannya, Bahasa Melayu adalah bahasa Ibunda kita dan hal ini sangat penting bagi kita agar Bahasa Melayu tidak hapus ditelan zaman. Sekiranya pergunaan Bahasa Melayu tidak dipergiatkan darim kecil, ia tidak mungkin aan berkekalan hingga kini. Jadi, kita semua harus memainkan peranan untuk melestarikan Bahasa Melayu.

9 comments: